KARAKTERISTIK
Menurut kajian, unicycle berasal hasil daripada evolusi basikal beroda dua yang mempunyai tayar besar di hadapan. Basikal yang dikenali sebagai pennyfarthing @ ordinary dicipta pada sekitar kurun ke-19. Dipercayai, artis di sebuah sarkas telah melakukan modifikasi dengan membuang tayar belakang bagi tujuan persembahan. Antara karakter utama yang terdapat pada unicycle adalah pengayuhnya yang bersambung terus dengan gandar di bahagian tayar. Pengguna unicycle memerlukan skil keseimbangan yang cukup tinggi untuk mengawalnya.

JENIS
Seiring dengan perkembangan zaman, pelbagai jenis unicycle diperkenalkan bagi tujuan riadah & sebagainya. Antara jenis² unicycle yang popular adalah:

1. FREESTYLES UNICYCLE
Ia merupakan unicycle yang paling popular digunakan untuk aktiviti ekstrem. Freestyles unicycle biasanya digunakan di kawasan tanah rata untuk melakukan trick istimewa.

2. TRIALS UNICYCLES
Unicycle jenis ni direka untuk menahan tekanan tinggi. Trials unicylce digunakan oleh penunggang yang melakukan aktiviti lasak pelbagai permukaan & gemar melakukan aksi lompatan.

3. TOURING UNICYCLES
Ia merupakan sejenis unicycle yang dicipta khas untuk perjalanan jarak jauh. Tayarnya mempunyai diameter yang lebih besar dari biasa. Selain tu, ia juga dilengkapi dengan fix-geared dwi kelajuan bagi memberikan keselesaan kepada penunggang.

4. MOUNTAIN UNICYCLES
Mountain unicycles @ nama popularnya, MUni mempunyai komponen yang sama dengan unicycle biasa. Perbezaan ketara berbanding unicycle biasa adalah ia menggunakan tayar yang lebih besar untuk kegunaan di kawasan berbukit. Ia bagi memudahkan penunggangnya bergerak di kawasan tanah lembap & berbatu.

TEORI
Secara teorinya, unicylce adalah sejenis kenderaan yang paling tak efektif. Berbeza dengan basikal, ia mempunyai hanya satu titik pusat graviti. Antara masalah utama yang dihadapi oleh penunggang unicycle ialah mencari keseimbangan sebelum memulakan kayuhan. Jika penunggang hilang kawalan dorang tak dapat bergerak ke depan atau ke belakang kerana pusat graviti yang terganggu. Pergerakan unicycle hanya boleh dilakukan selepas penunggangnya berjaya mengenal pasti titik graviti & mengekalkan kedudukan tersebut. Kesukaran tersebutlah yang membuatkan peminatnya semakin teruja untuk melakukan pelbagai aksi sukar.

UNICON
Bermula pada tahun 1984, sebuah konvensyen yang menghimpunkan peminat² unicycle dari seluruh dunia dianjurkan. Ia dikenali sebagai UNICON & dianjurkan oleh International Unicycling Federation. Terdapat pelbagai jenis kategori yang dipertandingkan pada konvensyen tersebut. UNICON melibatkan pelbagai acara individu & berpasukan. Antara acara yang dipertandingkan adalah perlumbaan trek, perlumbaan jalan raya, bola keranjang unicycle & hoki unicycle. Pada tahun lalu, bandar Brixen, Itali telah dipilih menjadi tuan rumah untuk UNICON kali ke-16.