Drama “The Inheritors” atau judul lainnya “The Heirs” telah menemui episod yang terakhirnya baru-baru ini. Menyedari impak drama berkenaan cukup terkesan dalam diri, akui Lee Min Ho, dia berasa berat hati apabila drama ini sampai ke penghujungnya.

 

SEDIH

Memulakan tayangan sejak 9 Oktober tahun lalu di Korea Selatan, drama “The Heirs” yang mengisahkan tentang percintaan antara Kim Tan (Lee Min Ho) dan Cha Eun Sang (Pak Shin Hye) ini telah sampai ke penamatnya pada bulan Disember yang lalu. Walaupun ia bukan pertama kali drama lakonan Lee Min Ho mencapai rating tinggi seperti sebelum ini dengan “Boys Over Flower ”, akuinya “ The Heirs” mempunyai kelainannya yang tersendiri. “Sedih apabila ia sudah sampai ke penghujungnya. Bagaikan kehilangan ahli keluarga sendiri,” ujarnya sayu.

 

DERMA

Turut menyumbang sebuah lagu tema berjudul “Painful Love” dalam drama ini, kata Lee Min Ho, inilah masanya untuk dia menghargai peminat-peminat yang menyokong penuh kejayaan “The Heirs”. Dia dan pasangannya, Park Shin Hye meraikan peminat-peminat mereka dengan cara yang tersendiri. Gandingan ini melibatkan dirinya dengan Cheil Worldwide Charity, sebuah badan amal yang bertujuan membantu masyarakat miskin dan kurang berkemampuan di seluruh dunia. Dalam program ini, Lee Min Ho telah mendermakan tiga helai baju sejuk yang dipakai dalam “The Heirs” manakala Park Shin Hye pula telah mendermakannya sehelai. Difahamkan kelab peminat Lee Min Ho iaitu MINOZ turut menyumbangkan lima tan beras kepada badan amal berkenaan.

 

MENARIK BULAN INI

Selain kisah terkini Lee Min Ho, antara kandungan menarik untuk dikongsi adalah hidup grup Crayon Pop yang berubah semenjak dikenali seluruh dunia, Park Bo Young sertai "Running Man", Hyuna Nafi Bercinta Dengan Hyunseung, Lee Kwang Soo yang dinobat Putera Asia, Gandingan Mantap Eunhae, NC.A kecil tapi berbisa, Kisah percintaan Baek Ji Woong, Taraf warganegara Tasty terjawab, transformasi Lee Yeon Hee serta banyak lagi. Poster gergasi kali ini datangnya dari Girl's Generation & Big Bang serta poskad dari Girl's Generation. Terdapat hadiah dari filem "Jack Ryan: Shadow Recruit" dan "Robocop" untuk dimenangi. Semuanya boleh diperolehi menerusi majalah KLiK keluaran 15 Januari 2014.